Setiap makhluk di dunia ini pasti mempunyai kitaran hidup masing-masing . Bukan sahaja manusia , haiwan dan tumbuhan juga mempunyai kitara hidup mereka . Di dalam blog ini , saya akan menerangkan tentang kitaran hidup rama-rama . Secara ringkasnya , kitaran hidup rama-rama adalah seperti rajah di bawah :






1.Telur

Telur ini terhasil daripada persenyawaan rama-rama yang telah matang . Kebiasaannya telur-telur ini akan menempel pada daun atau dahan pokok . Antara ciri-ciri telur rama-rama adalah sangat nipis , kecil , berkilat , kekuningan atau keputihan dan berbentuk silinder . Tulang-tulang halus juga kelihatan pada permukaan telur . Contoh telur rama-rama ditunjukkan dalam rajah di bawah :


2.Larva

Pada tahap ini telur telah matang dan pecah dan menghasilkan beluncas . Beluncas akan makan dan terus berkembang . Beluncas juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesiesnya . Beluncas kebiasaannya panjang dan membentuk seperti rama-rama tetapi tidak bersayap seperti rajah di bawah :



3.Pupa

Beluncas akan mula berubah dan membuat kepompong sebagai kantung dan tinggal di dalamnya . Di dalam kepompong , beluncas melalui proses pembentukan sayap , kaki dan badan .



4.Rama-rama

Pada peringkat ini , beluncas telah keluar dari kepompong dan menjadi rama-rama yang cantik . Rama-rama mempunyai pelbagai warna dan bentuk berbeza mengikut spesies mereka .








Comments